empty
 
 

Formula

MACD = (ЕМАs(P) - EMAl(P)),

Signal = SМАa(ЕМАs(P) - EMAl(P)), dimana


ЕМАl(P) adalah moving average eksponen jangka panjang;

EMAs(P) adalah moving average eksponen jangka pendek;

SМАa(P) adalah moving average mudah jangka pendek;

P adalah harga penutupan.

Kegunaan Dagangan

MACD adalah osilator pasaran klasik yang memberikan isyarat jelas, untuk kedua-dua pasaran sama ada mendatar dan juga apabila pasaran sedang mengikuti arah aliran. Sebagai perbandingan dengan stokastik osilator, yang mana ia hanya boleh digunakan untuk pasaran mendatar sahaja, manakala MACD mempunyai pelbagai fungsi.

Sekiranya garisan isyarat(garisan merah) melintasi di atas garisan MACD(garisan biru), maka ia adalah merupakan isyarat kepada para pedagang untuk membuka kedudukan membeli. Dalam aliran harga yang jelas, perdagangan perlu ditutup sekiranya garisan isyarat melintasi di bawah garisan MACD.

Apabila garisan isyarat(garisan merah) jatuh di bawah garisan MACD(garisan biru), ia merupakan isyarat kepada para pedagang untuk membuka kedudukan menjual. Sekiranya aliran harga membuktikan, perdagangan harus ditutup sebaik sahaja garisan lintasan berbalik.

FullMACD menyediakan gambaran yang lebih jelas tentang kecapahan dan penumpuan di atas kedua-dua dasar; isyarat aliran dan puncak histogram.

Warna histogram menunjukkan perkembangan yang berlaku: bar merah menunjukkan pergerakkan penurunan harga, sementara bar biru menunjukkan pergerakkan menaik. Dalam hal ini, faktor yang penting adalah perubahan warna bar daripada biru kepada merah dan sebaliknya. Apabila histogram melintasi garisan sifar pada indikator FullMACD, ini akan menandakan bahawa aliran jangka sederhana telah beralih ke arah yang berlawanan.

FullMACD

Parameter FullMACD InstaTrade

Tempoh masa_MA_Laju = 12

Tempoh masa_MA_Perlahan = 26

Isyarat_Tempoh masa_MA_ = 9

Muat Turun


Kembali kepada senarai
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.